Thursday, June 16, 2011

KEK LAPIS SARAWAK

Semuanya bermula pada bulan April yang lalu apabila my wife mengesyorkan untuk membuat perniagaan kecil-kecilan... menjadi agen kepada tempahan kek lapis Sarawak! Aku tanpa berfikir panjang terus bersetuju dan terus sahaja ilham untuk menyusun strategi pemasaran bermain di fikiran. Aku mula membuat beberapa perancangan seperti menyediakan akaun, mencari pengedar kek di Sarawak dan menentukan harga. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kerja kami. Dalam masa sehari sahaja aku sudah dapat semua yang diperlukan.

Kek lapis kami memang didatangkan original dari Sarawak, di bawah label Kek Lapis Dayang Salhah. Agen pengedar juga senang berurusan, pembayaran melalui on-line juga memudahkan kerja2 kami. Harga kami juga amat2 berpatutan. Dan yang paling menarik sekali, kami menghantar kek2 tersebut terus ke tangan anda! Betul... aku deliver terus ke pelanggan seperti di Dengkil, Cyberjaya dan Shah Alam. Buat masa sekarang, penghantaran direct ke tangan ni hanya akan dilakukan di sekitar Lembah Klang sahaja. Lagipun, ramai pelanggan aku adalah di kalangan saudara mara dan rakan2 sahaja. Tapi kalau lepas ni ada VVIP nak order kek lapis, hehe... I tak tolak rezki!

Ada pelbagai jenis kek lapis, dari patern yang biasa2, ke patern yang pelik2 tapi tetap sedap. Ada yang dijadikan hantaran kahwin, ada yang dimakan bersama keluarga dan terkini... ada rakan aku ni nak jadikan kek lapis ni sebagai satu gift kepada pelanggan2 syarikatnya. Wow!!!

So kepada yang nak order kek lapis ni, boleh la terus menghubungi saya atau wife saya atau terus sahaja email saya di hazrul7579@yahoo.com untuk mendapat salinan brochure kek lapis ini.

Cubak dulok bah!

No comments:

Post a Comment